Lima Sukan Baru Di SUKMA KL

Berdasarkan jadual pertandingan yang dikeluarkan Majlis Sukan Negara (MSN), acara sofbol akan membuka tirai pertandingan SUKMA XVI Kuala Lumpur di Padang Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 25 Jun, diikuti lawan pedang pada 27 Jun di Gimnasium 3 MSN Bukit Jalil.  

Majlis perasmian dan pembukaan temasya akan diadakan pada 28 Jun dan sebahagian besar acara yang dipertandingkan akan membuka tirai gelanggang di venue masing-masing yang sudah ditetapkan pada hari berikutnya. Antara acara yang memulakan aksi pada 29 Jun adalah bola tampar (dalam dewan dan pantai); ekuestrian (endurance, show jumping dan dressage); bola keranjang, kriket, gimnastik (artistik); ping pong; kabaddi; polo air; bola jaring; dan bina badan.
 

Mendayung yang akan diadakan di Kompleks Sukan Airr Precint 6, Putrajaya akan bermula pada 30 Jun; manakala bola sepak futsal; bola sepak pantai dan bola baling akan memulakan aksi pada 1 Julai di venue masing-masing. Muay Thai dan renang berirama (akuatik) akan bermula pada 2 Julai, diikuti silambam (4 Julai) dan judo (5 Julai) manakala acara ragbi yang diadakan di Padang UPM menjadi acara terakhir diadakan (6 Julai) sebelum majlis penutup dan penganugerahan atlit dan pasukan diadakan pada 7 Julai.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 9 8 8 6 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
504
673
3825
2651361
15085
18666
3998869
Alamat IP: 54.161.49.129
Waktu Pelayan: 24-06-2017 20:04:01