Muay Thai Dipertanding

“Jika semua 14 kontinjen negeri menghantar atlet untuk setiap acara yang dipertandingkan, kami menjangka akan menerima kehadiran sekitar 7,000 atlet dan pegawai untuk temasya kali ini.
 

“Perbelanjaan keseluruhan untuk Sukma kali ini dianggarkan bernilai RM9 juta sahaja dan kami akan pastikan penganjuran kali ini tidak melibatkan perbelanjaan yang melebihi paras tersebut,” kata Zolkples dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
 

Menurut beliau, penganjuran Sukma kali ini tidak melibatkan sebarang pembinaan stadium baharu atau penambahbaikan tetapi akan menggunakan segala kemudahan yang telah sedia ada. “Kami tidak mahu membazir terlalu banyak wang untuk perkara itu (pembinaan stadium baharu) tetapi kami mahu melabur wang untuk pembangunan serta kebajikan atlet.
 

“Selain itu, saya juga mahu lebih banyak rekod kebangsaan dipecahkan pada temasya kali ini,” tegasnya. Ujar Zolkples lagi, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan di jadikan perkampungan sukan buat para atlet dan pegawai untuk menginap sepanjang temasya itu nanti.
 

Selain itu, beliau turut memberitahu, bagi memastikan kelancaran penganjuran temasya kali ini, pihaknya akan memperkenalkan satu pendekatan baharu iaitu dengan memanggil wakil setiap kontinjen sehari sebelum kejohanan bermula untuk mengesahkan semula penyertaan nama-nama atlet serta bilangan acara yang disertai untuk mengelakkan berlakunya kesilapan pendaftaran dan sebagainya.
 

Antara acara-acara yang dipertandingkan pada Sukma 2013 nanti ialah akuatik, bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, ekuestrian, gimnastik, judo, kabaddi, kriket, lawan pedang, mendayung, Muay Thai, ping pong, ragbi, silambam, sofbol dan woodball.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 9 8 7 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
225
771
2823
2592620
21368
19606
3939877
Alamat IP: 184.73.47.110
Waktu Pelayan: 30-03-2017 05:01:45