PENDAHULUAN
- Anugerah Sukan Negeri Selangor yang akan dianjurkan oleh Majlis pada setiap tahun merupakan acara tahunan yang berprestij di peringkat Negeri Selangor ;
- Seramai 33 olahragawan dan olahragawati telah dianugerahkan sepanjang ASNS ini diadakan mulai tahun 1975 sehingga tahun 2008 ;
- Dengan adanya majlis seumpama ini dapat memartabatkan serta memberi penghormatan bagi menghargai usaha penggiat-penggiat sukan di Negeri Selangor.
OBJEKTIF
- Sebagai menyatakan tanda penghargaan Negeri kepada orang perseorangan dan persatuan sukan atau pertubuhan – pertubuhan yang berkenaan di atas jasa perkhidmatan serta kepimpinan kearah kemajuan Sukan ;
- Tanda penghargaan Negeri kepada ahli sukan yang mengharumkan nama Negeri serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam acara sukan Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa ;
- Sebagai pemangkin semangat kepada generasi / atlit-atlit baru untuk meningkatkan kualiti dan mengharumkan nama Negeri Selangor ke peringkat tertinggi ;
- Mengeratkan hubungan penggiat-penggiat sukan dengan wakil-wakil media dalam membantu menaikkan semangat atlit-atlit ;
- Dapat mempertemukan atlit-atlit baru dan bekas atlit di samping dapat bertukar-tukar pendapat dan idea dalam mempertingkat kualiti diri dalam perkembangan sukan tanah air
PENGENALAN LOGO

DEFINISI LOGO:-
| GELUNG BIRU |
|
||
| GELUNG MERAH |
Sembilan Gelung Merah Adalah Melambangkan Sembilan Daerah Jajahan Negeri Selangor Yang Komited Melahirkan Atlet Cemerlang |
||
| GABUNGAN HELANG PUTIH & SUKSES |
Gabungan Helang Putih & SUKSES Diabstrak Untuk Membentuk Api Pada Obor Melambangkan Semangat Dan Semarak Perjuangan Atlet Negeri Selangor Di Persada Sukan |
INFO @ MSNS 









