Anda di sini: Home INFO @ MSNS Sukan Malaysia Sejarah

Majlis Sukan Negeri Selangor

Sejarah

E-mel Cetak PDF

Sukan Malaysia (SUKMA) dipertandingkan secara dwi-tahunan yang merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara.

Sukan Malaysia terbit daripada cadangan yang diketengahkan oleh YB. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ketika itu pada tahun 1983. Pada mulanya ia hanya melibatkan sukan tennis, ping pong, lumba basikal, olahraga dan bola tampar, tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka jenis dan bilangan sukan telah ditambah.

Konsep Sukan Malaysia adalah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. SUKMA juga mengamalkan konsep pensyarikatan Malaysia di mana pengelolaan akan melibatkan pihak kerajaan, badan-badan Sukan, Majlis Sukan Negara Malaysia dan pihak swasta dari segi penajaannya.

Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya ’98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya ’98 tiada had umur dikenakan. Semua penyertaan adalah mengikut Majlis Sukan Negeri-Negeri dan Majlis-Majlis Sukan Tentera, Polis, Universiti, manakalan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia adalah sebagai kontinjen jemputan.

Sukan Malaysia kali pertama dan kedua telah diadakan sekitar Lembah Klang di mana Majlis Sukan Negara Malaysia menjadi pengelolanya. Sukan Malaysia ketiga dan seterusnya telah ditawarkan kepada negeri-negeri untuk menjadi tuan rumah. Pada satu peringkat tuan rumah ditentukan secara bida sebagaimana temasya-temasya Sukan antarabangsa yang lain. Selepas kajian dibuat dan dengan mengambilkira kos yang terpaksa dibelanjakan oleh negeri-negeri yang berkeinginan untuk tuan rumah dalam proses bida ini telah meningkat dengan begitu ketara, keputusan baru telah dibuat dengan memberhentikan proses bida dan telah digantikan dengan proses penggiliran mengikut zon.

Sukan Malaysia sudah menjadi medium yang penting dalam menaikkan nama negeri dalam arena Sukan dewasa ini. Kerajaan Negeri telah bersedia untuk membelanjakan peruntukan yang besar bagi persiapan kontinjen, penyertaannya termasuk juga pemberian ganjaran kemenangan dalam konteks Sukan Malaysia hari ini.

Kos untuk mengelolakan temasya ini juga kian kali kian meningkat dengan begitu besar, apa lagi setiap negeri yang menjadi tuan rumah ingin menjadi penganjur yang terbaik setiap kali menjadi tuan rumah. Kepentingan yang tinggi tersebut telah mengenepikan soal kos yang hanya menjadikan keutamaan kedua.

Setiap kali SUKMA baru akan bermula setiap kali itu pula resolusi-resolusi dan peraturan-peraturan baru diimplimentasikan bagi memenuhi keperluan semasa. Sebahagiannya daripada perubahannya tidak untuk tujuan jangka panjang atau untuk kebaikan pembangunan Sukan secara kekal, tetapi lebih kepada kebaikan pengurusan pertandingan semasa atau disebabkan kepentingan tertentu dan ianya tidak konsisten.

Walaupun begitu, Negeri Terengganu telah menjadi penganjur yang pertama yang tidak mengambil kesempatan kepada situasi ini dalam menjadikan penganjur kejohanan yang paling berintegriti. Malah telah dibuktikan sepanjang temasya berjalan Jawatankuasa Juri Rayuan Induk dan Jawatankuasa Disiplin tidak perlu dipanggil bersidang walau sekalipun untuk menyelesaikan sebarang kes teknikal. Ketelusan tuan rumah dalam pengadilan dibuktikan lagi contohnya dalam satu Sukan subjektif Pencak Silat, peserta tuan rumah telah tewas dengan 0.05 mata, yang kalau kemenangan diberi kepada peserta inipun, tidak akan timbul isu yang besar, namun tuan rumah tetap tidak mendesak untuk merubah atau mempengaruhi keputusan tersebut malah menerimanya secara ‘gentelmen’. Sebahagian besar kemenangan atlet tuan rumah datangnya melalui acara-acara dari ‘measurable sports’ yang tidak boleh dipertikaikan keputusannya.

Keputusan pertandingan bagi semua sukan dan di semua venue dapat dilayari dalam internet secara on-line’ dan juga diperolehi secara ‘hard copies’ di semua premis yang telah ditetapkan dengan cepat dan memenuhi sasaran masa tidak lebih daripada tiga (3) minit selepas tamat satu-satu perlawanan. Keputusan juga dikeluarkan secara pertandingan, harian dan keputusan penuh di hari akhir setiap pertandingan. Setiap kontinjen, pengurus pasukan, organisasi, persatuan sukan dan jabatan berkaitan mendapat set keputusan lengkap termasuk dalam bentuk CD sebelum masing-masing berlepas pulang. Perkara ini merupakan satu kekuatan dalam pengelolaan SUKMA kali ini yang telah mendapat pujian daripada semua pihak termasuk media. Maklumat di dalam laman web rasmi juga lengkap sehinggakan pihak media serta juruacara tidak perlu meminta maklumat tambahan lagi daripada seketariat untuk tujuan bahan liputan mereka. Ini pertama kali dalam sejarah SUKMA semua pegawai terlibat termasuk pengurus pasukan dapat membawa balik keputusan lengkap yang memungkinkan mereka membuat penganalisaan pasukan masing-masing dengan lebih tepat. Sebelum ini pengurus pasukan akan membawa balik keputusan bagi atlet-atlet mereka yang bertanding sahaja.

Kalau dilihat dalam kontek pembangunan sukan jangka panjang, masih banyak ruang yang boleh dipertingkatkan lagi. Sokongan kerajaan-kerajaan negeri mungkin lebih membantu kecemerlangan sukan negara melalui SUKMA amnya jika bantuan ini disalurkan berterusan sepanjang dua tahun persiapan, bukan secara praktik masa kini kebanyakan negeri-negeri membuat persiapan setahun sebelum dan bagi negeri-negeri yang kurang peruntukan kewangan , bantuan hanya dapat disalurkan enam bulan sebelum, malah lebih teruk daripada itu ada negeri yang menyediakan pasukan SUKMS mereka tiga bulen sebelum. Ini bermakna tumpuan kepada persiapan atlet dalam persiapan SUKMA masih dikira latihan bermusim dan bukan latihan jangka panjang yang berstruktur.

 

Latarbelakang

Seminar Pengelolaan Sukan Malaysia setiap tahun telah diadakan pada 27 dan 28 September 2010 di Hotel Pearl International. Seminar ini telah dihadiri oleh Pengarah-pengarah Majlis Sukan Negeri, Wakil dari Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Setiausaha/Wakil Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Universiti Malaysia, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), wakil-wakil media dan orang perseorangan bagi mendapatkan pandangan berkenaan perlaksanaan Sukan Malaysia pada setiap tahun.

Cadangan pengelolaan Sukan Malaysia pada setiap tahun telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia pada 8 April 2010 dan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada 27 Mei 2010. Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan telah bersetuju pengelolaan Sukan Malaysia akan diadakan pada setiap tahun.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIV, Kuala Lumpur 2011 kali pertama yang diadakan pada 10 Januari 2011 telah memutuskan sebanyak 20 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya kali ini.

Kali terakhir dikemaskini ( Khamis, 25 Ogos 2011 16:09 )  

Berita Sukan

Stop
Play
  • Li Na intai gelaran Terbuka Australia SYDNEY - Jagoan China, Li Na yang menewaskan Ekaterina Makarova dengan mudah pada pusingan pertama Antarabangsa Sydney dilihat masih perlu meningkatkan kuasa pukulannya jika mahu bergelar juara di Ter...Selasa, 10 Januari 2012
    By - - Hits:
  • BAM find solution to Koo-Tan’s problems PETALING JAYA: Troubled doubles shuttlers Koo Kien Keat-Tan Boon Heong will have to spend more time training and less time competing to shape up for the Olympics....Rabu, 18 Januari 2012
    By - - Hits:
  • Jawatan Shahidan, Karim mungkin dicabar KONTROVERSI berterusan dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mungkin menyaksikan titik perubahan kepimpinan termasuk perebutan jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden dalam Mesyuarat Ag...Khamis, 22 Mac 2012
    By - - Hits:
  • Shabery to use his power to deal with irresponsible associations PUTRAJAYA: Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek has taken a swipe at two sports associations for their lack of urgency in handling the positive dope test of their athletes....Khamis, 05 Januari 2012
    By - - Hits:
  • Singa puas ‘makan kecil’ BIARPUN sekadar membariskan beberapa pemain simpanan selepas tonggak utama terpaksa diketepikan kerana kecederaan, Lions XII mampu memastikan kemenangan ke atas Perak 2-1 untuk kekal di tangga teratas...Khamis, 12 April 2012
    By - - Hits:
  • Isu Harun jadi agenda utama KONFLIK yang tidak berkesudahan! Itulah yang dihadapi Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), apabila Ketua Jurulatih olahraga, Harun Rasheed mengumumkan perletakan jawatan, kelmarin....Selasa, 31 Januari 2012
    By - - Hits:

Pengumuman

Bengkel Pengukuhan Badan Sukan Negeri

Dukacita dimaklumkan, konvensyen yang
dicadang akan diadakan pada 27hb hingga
29 Mac 2012 di Cherengin Hills Convention
& Spa Resort, Janda Baik, Pahang terpaksa
ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang
akan diberitahu kelak.

Sehubungan dengan itu, pihak Majlis
memohon maaf di atas sebarang kesulitan.


 

MAKLUMAN PEMINDAHAN BAHAGIAN
PEMBANGUNAN BELIA (GEN-S)

Bahagian Pembangunan Belia,
Majlis Sukan Negeri Selangor
telah berpindah ke ruang pejabat
EXCO YB. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi,
di Tingkat 2, Bangunan SSASS (SUK)
mulai 6hb. Mac 2012.

Nombor talian 03 - 5511 7005 dan
nombor faksimili 03 - 5511 7006
adalah dikekalkan.

Sekian untuk makluman, terima kasih.


 
TAKLIMAT PERSIAPAN SUKAN MALAYSIA XV,
PAHANG 2012 BERSAMA PERSATUAN SUKAN NEGERI SELANGOR

Tarikh : 22hb. Mac 2012 (Khamis)

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Bilik Selangor, Kelab Shah Alam,
              Seksyen 13, Shah Alam.

 

Helang Putih @ Helang Laut adalah sejenis binatang yang memaparkan ciri-ciri kegagahan serta keberanian, justeru itu, ia akan menjadi Maskot di Kejohanan Sukan Selangor yang berwibawa dan cemerlang.

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

Undian

Bagaimana laman web Majlis Sukan Negeri Selangor ini ?
 
banting finalfutsalgen-s2012

Kalendar

Last month May 2012 Next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4 5
week 19 6 7 8 9 10 11 12
week 20 13 14 15 16 17 18 19
week 21 20 21 22 23 24 25 26
week 22 27 28 29 30 31

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila emailkan ke :

unitkorporat.msnselangor@gmail.com

atau boleh menghubungi terus Puan Rohaya Yahya, Ketua Unit Korporat MSN Selangor di talian 012 - 346 8534

Kaunter Perkhidmatan

Untuk sebarang urusan rasmi, sila berurusan di :

Alamat : Aras 3, Carlton Holiday Hotel & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. MALAYSIA.

Tel : +603 – 5519 6380, 5510 9063

Fax : +603 – 5510 1377

Email : admin@msnselangor.gov.my

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138