PENDAHULUAN
1. Sukan Selangor (SUKSES) 2009 adalah acara sukan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor
dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor .
2. Sukan Selangor (SUKSES) adalah acara sukan dwi tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri
Selangor dan Majlis Sukan Negeri Selangor . Sukan Selangor yang pertama telah dianjurkan pada
tahun 1995 dan pada tahun ini ia telah memasuki edisi yang ke - 8 .
3. Sejak pengelolaan SUKSES ini, ia telah berjaya mengcungkil bakat-bakat baru atlit remaja Negeri
Selangor dan dapat menilai prestasi atlit program pembangunan sukan Majlis. SUKSES juga
telah melahirkan atlit-atlit bagi mewakili Negeri Selangor di Sukan Malaysia dan Pertandingan
pertandingan diperingkat antarabangsa .
4. Kejohanan SUKSES ini telah berjaya menarik perhatian semua golongan masyarakat di Negeri
Selangor dan telah membina reputasi sebagai salah satu kejohanan yang terunggul di Negeri ini .
OBJEKTIF SUKAN SELANGOR (SUKSES) 2009
1. Sebagai usaha untuk membangunkan pembangunan dan pengembangan bakat sukan secara
bersama antara Majlis, Majlis sukan daerah-daerah dan Persatuan sukan negeri secara berterusan .
2. Mengalakkan persaingan yang sihat ke arah membentuk kecermerlangan sukan di Negeri Selangor
khususnya dan Negara amnya .
3. Membentuk hubungan kerjasama yang akrab dalam membina modal insan yang berketampilan
terutamanya remaja ke arah pembangunan sukan sejagat.
4. Menggalak dan mewujudkan peluang perniagaan dalam sukan dan menjadikan Negeri Selangor
sebagai hub dalam industri sukan .
INFO @ MSNS 









