MAKLUMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN GENERASI MUDA

 

1. PENGENALAN

Bahagian ini mula ditubuhkan pada tahun 2009 dengan nama Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) di bawah Stanco Pembangunan Belia Negeri Selangor.

 

Visi;

Membangunkan sepenuhnya potensi belia bagi memastikan penglibatan aktif, adil dan saksama di negeri Selangor.

 

Misi;

Melestarikan kehidupan belia berlandaskan nilai murniberpaksikan hubungan dengan tuhan, manusia dan alam sekitar.

 

Objektif;

Membina generasi belia yang bersatu-padu, berilmu, berkepimpinan, berdisiplin, berakhlak, bergerak maju dalam bidang social dan ekonomi serta membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya positif ke arah kelestarian pembangunan negeri Selangor di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

2. BIDANG KEUTAMAAN PEMBANGUNAN GENERASI MUDA (DASAR BELIA SELANGOR)

 

  • Pendidikan Dan Latihan Kemahiran
  • Keusahawanan Dan Pekerjaan
  • Kepimpinan Dan Organisasi
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
  • Masyarakat, Jaringan Dan Kesukarelawanan
  • Kesejahteraan Dan Kesihatan
  • Sukan Dan Kecergasan
  • Agama Dan Akhlak
  • Kebudayaan Dan Kesenian
  • Pengantarabangsaan

 

3. DEFINISI DAN PROFIL BELIA SELANGOR

 

  • Pada masa ini umur belia di Malaysia ditakrif antara 15 hingga 40 tahun.
  • Tafsiran ini dibuat berdasarkan faktor seperti kematangan, fakta sejarah, psikologi, ekonomi, politik, serta sosio-budaya golongan belia (Dasar Pembangunan Belia Negara 1997).
  • Dalam konteks DBS umur belia adalah antara 15 hingga 30 tahun. Takrifan ini selari dengan pewaian takrifan belia yang digunakan diperingkat antarabangsa.
  • Justeru, takrifan ini dibahagikan kepada 3 kategori berdasarkan konsep perkembangan psikologi manusia
    • Belia Remaja (15-18 Tahun)
    • Belia Muda (19-24 Tahun)
    • Belia Dewasa (25-30 Tahun)

 

4. STRUKTUR BAHAGIAN PEMBANGUNAN GENERASI MUDA

 

1) Unit Penggerak Belia Tempatan (PeBT)

  • Menggerakkan program belia secara menyeluruh
  • Sebagai jentera pelaksana kerajaan negeri Selangor dalam merealisasikan dasar-dasar belia diperingkat akar umbi

 

2) Unit Pengurusan NGO

  • Mengadakan program kolaborasi bersama NGO.
  • Memantau maklumat pertubuhan NGO.
  • Menganjur dan mengadakan kursus berkaitan bagi memperkasa dan membantu NGO.

 

3) Unit Program

  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan belia peringkat negeri Selangor bagi penyampaikan dasar-dasar negeri kepada rakyat negeri Selangor.

 

 

 

SEBUT HARGA
TARIKH
IKLAN
TARIKH
TUTUP
 
 
MENYEDIAKAN REKAAN DAN MEMBEKAL MEDAL UNTUK KEJOHANAN  SUKAN SELANGOR (SUKSES) KE-13, 2019
 
Kod Bidang MOF : 030201 (Kementerian Kewangan Malaysia)
 

23 Mei 2019

(Rabu)

30 Mei 2019

(Khamis)

 

 

SEBUT HARGA
TARIKH
IKLAN
TARIKH
TUTUP
 
 
MENYEDIAKAN REKAAN DAN MEMBEKAL MEDAL UNTUK KEJOHANAN  SUKAN SELANGOR (SUKSES) KE-13, 2019
 
Kod Bidang MOF : 030201 (Kementerian Kewangan Malaysia)
 

23 Mei 2019

(Rabu)

30 Mei 2019

(Khamis)