MENGENAI RiDE
MENGENAI PROGRAM INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RiDE)
Majlis Sukan Negeri Selangor telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) mulai Ogos 2020. Anak muda Negeri Selangor berumur 17-30 tahun dipelawa untuk merebut subsidi program Inisiatif baharu Kerajaan Negeri Selangor tahun 2020 bernilai RM350 seorang. Terhad untuk 3000 orang sahaja.Borang Permohonan boleh dihantar di Pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor di alamat berikut :-
Urus Setia RiDE
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-55109063 / 03-55196380
Faksimili : 03-55101377
|
SYARAT KELAYAKAN
SYARAT PROGRAM INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RiDE)
1. |
Terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun. Bagi yang bermastautin mesti mendapatkan pengesahan lokaliti kawasan masing-masing;
|
2. |
Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja pada tahun 2020 (lahir pada tahun 1990 hingga 2003);
|
3. |
Pemohon mestilah telah mempunyai lesen memandu B2(P) sahaja dalam tempoh Januari hingga Disember 2020. Bagi lesen B dan D adalah tidak diterima. 
|
4. |
Bagi yang bekerja, pendapatan hendaklah tidak melebihi daripada RM2,000.00 sebulan. |
5. |
Bebas daripada senarai hitam dan saman JPJ/PDRM. |
CARTA ALIR PERMOHONAN
PROSES PERMOHONAN SUBSIDI
PROGRAM INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RiDE)