FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN

 

1.     

Merancang, mengatur dan melaksana serta menilai prestasi atlet bagi sukan-sukan terpilih untuk prestasi  tinggi.

2.     

Merancang, mengatur, melaksana dan menilai program pembangunan Sukan Prestasi Tinggi pada semua tahap bagi semua jenis sukan.

3.     

Memantau dan meneliti keberkesanan semua program persatuan yang terlibat dengan sukan prestasi tinggi dari semasa ke semasa.

4.     

Bertanggungjawab membantu persatuan atau pasukan dari aspek penyediaan jurulatih, venue dan kelengkapan latihan serta kelengkapan lain yang berkaitan.

5.     

Memantau program latihan dan kejohanan pendedahan disemua peringkat dan menyediakan laporan.

6.     

Membantu mengumpul data-data maklumat atlet, pegawai sukan bagi tujuan rekod-rekod dan statistik atlet dan pasukan. 

7.     

Menyelaras Kem Pasukan dan Program Apperantis.

8.     

Mengadakan Kursus Dan Klinik Kejurulatihan dan Atlet serta Ujian Kecergasan Atlet.

9.     

Menyediakan khidmat Fisioterapi Dan Perubatan Sukan kepada atlet.

10.  

Menyelaras Program Pemantapan Atlet dan Sukan Sekolah serta Majlis Sukan Daerah.

11.  

Mengkaji peralatan dan kemudahan latihan dari masa ke semasa supaya tidak ketinggalan dalam teknologi bidang sukan.

12.  

Menyediakan latihan-latihan yang berkaitan untuk pentadbir-pentadbir sukan untuk memajukan organisasi badan sukan dan kelicinan pentadbiran dalam persatuan sukan masing-masing.

13.  

Merancang, mengawal selia dan menyalur bantuan peruntukan kewangan kepada semua persatuan sukan untuk program pembangunan dan menyertai kejohanan.

14.  

Meneliti prestasi atlet dan pegawai sukan dari semasa ke semasa untuk proses pemantauan program-program latihan yang telah dijalankan.

15.  

Menilai dan merancang program pembangunan sukan di peringkat MSSS untuk diserapkan kepada program pembangunan sukan negeri.

16.  

Menyediakan khidmat pegawai perhubungan persatuan untuk memudahkan hal-hal berkaitan program latihan, peruntukan kewangan dan sebagainya.

17.  

Menjadi urusetia Sukan Negeri Selangor untuk membantu dalam hal-hal yang berkaitan pembangunan dan program latihan sukan di seluruh negeri.

18.  

Merancang, melaksana dan menilai program latihan atlit untuk persediaan ke Sukan Malaysia bagi dinilai peruntukan kewangan.

19.  

Menyediakan, meneliti dan meluluskan setiap program latihan yang telah dihantar oleh ahli gabungan untuk program jangka panjang latihan sebagai persediaan ke Sukan Malaysia.

20.  

Membantu dan mengawal selia pusat-pusat latihan di semua persatuan serta dipantau semua program-program latihan.

21.  

Mewujudkan Sistem Pangkalan Data Program dan Rekod Sukan.

22.  

Merancang dan melaksana program mengenalpasti bakat-bakat baru di peringkat sekolah dengan kerjasama MSSS.

23.  

Merancang dan melaksanakan kem-kem latihan pusat dan motivasi sebagai persediaan mental dan fizikal bagi atlet-atlet elit ke kejohanan Sukan Malaysia.

24.  

Menjadi Urusetia Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor.