FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN
 
1.

Mengurus penyediaan Anggaran Perbelanjaan Majlis.

2.      

Mengurus, menyelenggara dan memantau akaun Majlis.

3.      

Menyediakan sistem kemudahan perbelanjaan, perakaunan dan penyata kewangan Majlis.

4.      

Mengurus dan menyelenggara semua bentuk pembayaran seperti gaji, elaun, caruman dan tuntutan.

5.      

Mengurus dan menyelenggara semua bentuk terimaan dan hasil.

6.      

Mengurus semua bentuk pelaburan dan pinjaman.

7.      

Menjadi urusetia perolehan bekalan dan perkhidmatan.

8.      

Menyediakan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.

9.      

Memantau dan menyelaras pengurusan rekod dan fail Majlis.

10.    

Menyedia dan mengawal kemudahan asas pejabat yang selesa.

11.    

Memantau dan menyelenggara rekod dan penggunaan kenderaan.

12.    

Menjadi urusetia Mesyuarat Ahli Lembaga Pengurus Majlis.

13.    

Memantau Dan Menyelaras Perkhidmatan Pembersihan Dan Keselamatan Di Pejabat Serta Pengurusan Dan Penyelenggaraan  Talian Telefon, Faks Dan Mesin Fotostat.

14.    

Menyelaras penempahan penerbangan dan penginapan Staf.

15.    

Mengatur dan menyelia aktiviti 5S di Majlis.

16.    

Memantau dan menyelaras Pengurusan Aset, Inventori dan stor Majlis.

17.    

Memohon, merekod dan mengawal pergerakan stok alatulis serta mengagihkan kepada pegawai yang memerlukan.

18.    

Memantau dan menyelaras Pengurusan surat menyurat majlis.

19.    

Menguruskan tempahan makanan untuk mesyuarat Majlis.

20.    

Menguruskan urusan pelupusan dan perolehan aset di Majlis.

21.    

Mengurus dan bertanggungjawab terhadap aspek pengambilan, penempatan, latihan, dan pembangunan kerjaya pegawai.

22.    

Menyelaras dan memantau pengurusan disiplin dan motivasi, prkhidmatan kaunseling, peperiksaan perkhidmtan/jabatan, kenaikan pangkat dan pengisytiharan harta.

23.    

Memberi khidmat nasihat penilaian prestasi dan pelaksanaan dasar kompetensi perkhidmatan awam.

24.    

Merancang dan menggubal pelan strategik sumber manusia yang dinamik bagi mencapai objektif, matlamat dan wawasan Jabatan.

25.    

Menguruskan proses LNPT dengan cekap, cepat dan efisien mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

26.    

Mengenalpasti kebolehan pegawai bagi mengisi jawatan kosong secara pemangkuan atau kenaikan pangkat bagi semua peringkat mengikut kesesuaian.

27.    

Menguruskan urusan penyusunan semula dan pengukuhan organisasi, serta naziran perjawatan di Majlis.

28.    

Mengurusetiakan Meyuarat Jawatankuasa Pengurusan, Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib.

29.    

Memberi khidmat perhubungan dan hal ehwal awam.

30.    

Bertindak sebagai sekretariat media.

31.    

Menyelaras dan mengurus hal ehwal publisiti untuk program-program yang dijalankan Majlis.

32.    

Merancang dan mengurus program dan usaha-usaha untuk mendapatkan penajaan dan sumbangan.

33.    

Menyelaras dan mengurus aduan- aduan yang diterima.

34.    

Menyediakan teks ucapan untuk Majlis-Majlis Rasmi.

35.    

Menjadi Urusetia dalam menyediakan Laporan Tahunan Majlis.

36.    

Menyediakan kemudahan dan khidmat Teknologi Maklumat.

37.    

Menyediakan Pusat Maklumat Sukan.

38.    

Menyelenggara Sistem Maklumat dan Pangkalan Data yang digunakan Majlis.

39.    

Menjadi Urusetia dalam menyelaras laporan dan pembangunan Laman Web