Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah ditubuhkan mengikut Akta 29 Jadual Kedua, Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis ketika itu bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan ditadbir oleh kakitangan yang dipinjamkan dari jabatan–jabatan Kerajaan Negeri dan mendapat geran tetap daripada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis telah terus berkembang dan pada tahun 1986 Majlis telah menyusun semua perjawatannya dengan menambah bilangan kakitangannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSNS Bil. 3/91 bertarikh 27hb Ogos 1991 yang di pengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu telah bersetuju supaya MSNS ditadbir secara swasta atau diswastakan dengan tiada geran atau peruntukan tetap Kerajaan Negeri Selangor tetapi menjana pendapatan melalui beberapa projek penswastaan.

Majlis terus berkembang membangunkan kemudahan sukan dan pembangunan atlit serta pelaburan perniagaan anak–anak syarikat dan sesuai dengan perkembangan itu, Majlis sekali lagi telah menyusun semula organisasi mulai 1994 dan ianya digunapakai sehingga 2000.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) melalui Kertas MMK No. 35/1/2000 yang bersidang pada 5hb Januari 2000 telah bersetuju supaya MSNS disusun semula seterusnya ditukar status kepada Badan Berkanun Negeri.

 

" SELANGOR PENERAJU KECEMERLANGAN SUKAN "

 

 

 

 

 

   
 
Diselenggara oleh Unit Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat), Majlis Sukan Negeri Selangor
Untuk paparan dan fungsi terbaik sila gunakan Google Chrome Version 24.0.1312, Internet Explorer (I.E) 9.0 atau  Mozilla Firefox 25.0.1 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768
Penafian:-Majlis Sukan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini
Hakcipta Terpelihara © 2007 - 2016 Majlis Sukan Negeri Selangor