LOGO SUKAN SELANGOR (SUKSES)
 
logo sukses
 
Logo keseluruhan melambangkan " Jalur Bersilang "
yang secara simboliknya menggambarkan " Gelanggang Sukan "
yang menjadi pentas bagi atlet-atlet bersaing.
 
Warna Merah Melambangkan semangat jitu para atlet yang bertanding bagi mencapai paradigma baru dalam bidang sukan.
Warna Biru Melambangkan perpaduan yang dicernakan dikalangan atlet yang bertanding
Warna Kuning Melambangkan evolusi sukan yang dicapai setelah berjaya dalam penganjuran SUKSES yang diadakan secara dwi tahunan
Warna Biru Muda Melambangkan usia muda atlet yang bertanding yang menggenggam satu iltizam iaitu kecemerlangan sukan di masa hadapan
Titik Kuning dan Merah Mewakili warna utama yang terdapat pada bendera rasmi Negeri Selangor Darul Ehsan
Titik Biru Melambangkan kejayaan atau rekod yang dicipta oleh atlet-atlet yang berbanding

 

MASKOT
 
maskot sukses
 
Helang Putih @ Helang Laut adalah sejenis binatang yang memaparkan
ciri-ciri kegagahan serta keberanian, justeru itu,
ia akan menjadi Maskot di Kejohanan Sukan Selangor yang berwibawa dan cemerlang.