PERUTUSAN PENGARAH EKSEKUTIF

 

 

Assalamualaikum w.b.t.dan Salam Muhibbah

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung-pengunjung Laman Web Majlis Sukan Negeri Selangor. Dalam era teknologi maklumat dan ICT orang ramai boleh mencari maklumat di mana sahaja mereka berada bersesuaian dengan konsep “ non-stop centre ” dengan kata lain maklumat di hujung jari pengguna internet.

Justeru itu MSNS juga tidak melepaskan peluang menyediakan kemudahan penggunaan internet sebagai medium komunikasi untuk berinteraksi dengan pengguna internet bagi mendapatkan maklumat mengenai pencapaian dan kegiatan sukan Negeri Selangor.

Serata penggiat sukan khususnya, boleh mengakses informasi semasa mengenai program-program sukan, sosial, rekreasi dan lain-lain program anjuran dan anjuran bersama oleh Majlis Sukan Negeri Selangor melalui laman web MSNS.

Di samping itu anda juga boleh mendapatkan profil asas antaranya senarai Lembaga Pengurus MSNS, Ahli Gabungan Persatuan Sukan Negeri, Majlis Sukan Daerah-Daerah,  Maklumat Korporat, Direktori Perhubungan Bahagian-Bahagian Majlis serta maklumat-maklumat terkini terhadap kemudahan-kemudahan pusat latihan sukan Negeri Selangor melalui kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan.

Melalui rangkaian serantau pula pengujung-pengunjung, boleh menggunakan perkhidmatan untuk mengakses laman-laman web pautan yang disediakan oleh pihak Majlis bagi mempermudah semakan-semakan portal maklumat daripada jabatan-jabatan lain.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melayari laman web MSNS kepada pengunjung-pengunjung laman web kami. Diharapkan pengunjung laman web ini mendapat maklumat yang padat seterusnya dijadikan media perantara yang lebih menjimatkan kos masa bagi mempermudah kaji selidik pengunjung-pengunjung.

Sekian, terima kasih.

   
 
Diselenggara oleh Unit Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat), Majlis Sukan Negeri Selangor
Untuk paparan dan fungsi terbaik sila gunakan Google Chrome Version 24.0.1312, Internet Explorer (I.E) 9.0 atau  Mozilla Firefox 25.0.1 ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768
Penafian:-Majlis Sukan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini
Hakcipta Terpelihara © 2007 - 2016 Majlis Sukan Negeri Selangor