PIAGAM PELANGGAN
Memastikan Program Pembangunan Sukan Negeri berjaya melalui bantuan kewangan, guna tenaga, kepakaran dan kemudahan kepada persatuan negeri, Majlis Sukan Daerah dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ;
Membantu persatuan sukan negeri mendapat kemudahan latihan dan khidmat kepakaran dalam menjalani latihan dan menyertai pertandingan ;
Memastikan Majlis menjadi sumber rujukan semua pihak dalam aspek Sukan Berprestasi Tinggi ;
Memberi pengesahan secara terus di atas tempahan pernggunaan kemudahan sukan Majlis Sukan Negeri Selangor ;
Memberi khidmat perubatan dan sains sukan yang berkualiti kepada atlet negeri ;
Membayar setiap tuntutan yang lengkap dari persatuan sukan negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ;
Memberi layanan yang mesra, cepat, telus dan saksama kepada semua pelanggan