SOALAN DAN JAWAPAN
|
Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan RiDE? Jawapan: RiDE adalah singkatan daripada Inisiatif Roda Darul Ehsan yang merupakan satu program baharu kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2020 untuk anak muda Selangor. Ia merupakan subsidi bagi mereka yang telah mempunyai Lesen Motorsikal B2 pada tahun 2020. |
Soalan 2 Berapakah subsidi yang bakal diterima oleh pemohon? Jawapan: Pemohon yang berjaya akan menerima:
|
Soalan 3 Apakah syarat-syarat permohonan RiDE? Jawapan:
|
Soalan 4 Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan? Jawapan: Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dan dicetak di laman sesawang rasmi Majlis Sukan Negeri Selangor di www.msnselangor.gov.my bermula pada 1 Ogos 2020. |
Soalan 5 Adakah borang permohonan perlu disahkan? Siapa yang boleh membuat pengesahan? Jawapan: Borang permohonan mesti disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri / Penyelaras DUN bersama dokumen berikut:-
|
Soalan 6 Dimanakah borang permohonan perlu dihantar? Jawapan: Borang permohonan RiDE hendaklah dihantar di: Urusetia
Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)
d/a Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Borang permohonan hendaklah dihantar atau di pos ke Majlis Sukan Negeri Selangor.
|
Soalan 7 Mengapakah permohonan hanya dibuka kepada permohonan lesen tunggal? Jawapan: Ini bagi memberi peluang kepada anak muda yang tidak bekerja atau yang memerlukan dan yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan (B40) untuk menerima subsidi tersebut. |
Soalan 8 Berapa lama permohonan saya akan diluluskan? Jawapan: Borang permohonan yang telah lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dan kelulusan juga adalah tertakluk kepada semakan pihak JPJ.. |
Soalan 9 Bagaimanakah saya ingin mengetahui status permohonan saya? Jawapan: Pihak Urusetia akan memaparkan senarai permohonan yang berjaya di laman sesawang Majlis Sukan Negeri Selangor. Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 1 bulan dianggap tidak berjaya.. |
Soalan 10 Sekiranya saya sedang menjalani latihan atau ujian memandu motorsikal bolehkah saya menghantar permohonan RiDE? Jawapan: Tidak boleh. Hanya pemohon yang telah mempunyai lesen motosikal B2 dari tempoh Januari hingga Disember 2020 yang layak memohon |
Soalan 11 Apakah manfaat penerima subsidi RiDE ini? Jawapan: Penerima subsidi berpeluang mengikuti latihan dan peluang pekerjaan di sektor berkaitan gig ekonomi yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Selangor. |
Soalan 12 Adakah permohonan perlu mengikuti kursus e-hailing yang dianjurkan? Jawapan: Ya perlu. Pemohonan dikira berjaya apabila melengkapkan proses berkursus bersama syarikat e-hailing yang terpilih. |