PENGENALAN

Penggerak Belia Selangor (PeBS) adalah jentera belia yang berperanan menggerakkan pembangunan belia setempat di setiap 56 kawasan Dewan Negeri. Fungsi dan peranan PeBS amatlah penting bagi merealisasikan matlamat ‘Selangor Maju Bersama’, di samping, melahirkan lebih ramai para pemimpin muda.

 

PERMOHONAN

Sila Klik Borang Pertandingan Reka Bentuk Logo Rasmi Penggerak Belia Selangor (PeBS)

 

FALSAFAH

‘Melahirkan pemimpin masa hadapan’

 

OBJEKTIF

  • Melahirkan para pemimpin muda;
  • Menggerakkan pembangunan belia setempat;
  • Menggerakkan agenda pembangunan Negeri di peringkat akar umbi; dan
  • Merapatkan hubungan belia dan masyarakat.

 

KOMPOSISI

  • PeBS di setiap 56 kawasan Dewan Negeri

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN REKA BENTUK LOGO PeBS

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia, khususnya belia Negeri Selangor
  • Peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) penyertaan, walau bagaimanapun, hanya satu (1) logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang.
  • Reka cipta/karya logo mestilah asli. Sebarang perbuatan melanggar hak cipta mahupun unsur-unsur ciplak/tiru reka cipta logo tempatan dan luar negara adalah amat dilarang dan penyertaan akan terbatal serta-merta.
  • Sebarang unsur dan elemen negatif yang melampaui batas budaya dan menyinggung perasaan mana-mana pihak amatlah dilarang sama sekali.
  • Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang menyalahi syarat ditetapkan.
  • Penyertaan akan dibuka pada 25 Januari hingga 5 Februari 2021.
  • Semua logo yang diterima akan menjadi hak milik penganjur.
  • Pihak penganjur berhak meminda/mengubah suai logo jika difikir perlu mengikut spesifikasi ditetapkan.
  • Penilaian dan keputusan akan dibuat oleh Jawatakuasa Panel yang dilantik.
  • Keputusan akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.
  • Keputusan pentandingan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat selepas keputusan diumum tidak akan dilayan.

 

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

  • Reka bentuk logo hendaklah menggunakan kertas bersaiz A4 dalam bentuk hardcopy dan softcopy menggunakan format AI ataupun JPEG.
  • Logo mestilah mengandungi elemen-elemen berikut:
    • Nama Penggerak Belia Selangor (PeBS)
    • Elemen generasi muda
    • Lokasi-lokasi ikon Negeri Selangor
    • Warna- Royal Blue (70 peratus) dan Merah Kuning (30 peratus)
  • Setiap reka bentuk logo, simbol dan warna hendaklah disertakan penjelasan dan huraian rasional yang menunjukkan signifikan logo tersebut sebagai logo rasmi PeBS.
  • Penyertaan akan terbatal serta-merta jika terdapat unsur penlanggaran hak cipta/ciplak.
  • Setiap reka bentuk logo hendaklah dihantar kepada:

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

TARIKH PENYERTAAN

  • 25 Januari hingga 5 Februari 2021

 

HADIAH

  • Pemenang akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 2,000.00 beserta sijil penyertaan.
  • Para peserta pertandingan akan diberikan sijil penyertaan.

 

URUS SETIA YANG BOLEH DIHUBUNGI

  • 03-55109063 / 03-55196380

 

MUAT TURUN DOKUMEN

Dokumen Pertandingan